welcome..

thank u to enter my blog...i just want to share what i had...u can email me at azrin_subari@yahoo.com for feedback or sharing item...

Wednesday, June 18, 2008

Friday, May 30, 2008

let's test your mathemetic skill...

A man wanted to get into his work building, but he had forgotten his code. However, he did remember five clues.
These are what those clues were:
1) The fifth number plus the third number equals fourteen.
2) The fourth number is one more than the second number.
3) The first number is one less than twice the second number.
4) The second number plus the third number equals ten.
5) The sum of all five numbers is 30.
What were the five numbers and in what order?

you must try it!!!

Thursday, May 29, 2008

ayah bonda tercinta..

Ayah Bonda tercinta...dosa kami banyak terhadapmu

Tiba-tiba ammuBlues postkan nukilan sasaternya 'Balik Kampung'. Mungkin teringat kampung halaman atau ayah bonda tercinta. Tuan punya entri yang lebih tahu.Cerita yang agak menyentuh hati buat teman yang jarang menjengok ayah bonda dikejauhan. Mungkin satu masa kita yang akan berada diposisi 'menunggu kepulangan anak cucu'.
.
Jadi jangan lupakan jasa mereka, jangan lupa tanyakan kabar mereka, jangan beralasan kita sibuk dengan itu dan itu untuk berbakti kepada merekaGunakan masa yang ada sebelum mereka atau kita dijemput Allah Ta'ala
Sekadar rengungan daripada Kalamullah…...

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” Surah luqman, ayat 14

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” Surah Luqman ayat 15.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Surah Isra’, ayat 23

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” Surah isra’, ayat 24

kepimpinan mahasiswa..

Kepimpinan Mahasiswa; Antara Rela Dan Terpaksa
Bidayah
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….” (Surah al-Baqarah : Ayat 30)
Kepimpinan Mahasiswa; antara rela dan terpaksa. Tajuk ini dikecilkan focus perbincangannya kepada kepimpinan mahasiswa. Mungkin aka ada yang tertanya-tanya, kenapa hanya kepimpinan mahasiswa tuntutan rela dan terpaksa dibongkar permasalahan. Kenapa tidak kepimpinan secara umum?
Baik, secara mudahnya jika diperhatikan kepada sasaran pembaca artikel ini, maka jawapan mampu diperolehi. Justeru adalah lebih tuntas kiranya focus kepimpinan tidak dicapahkan perbincangannya untuk memberikan suatu cetusan idea dan sekadar sebagai ice breaking kepada pembaca dalam ruang lingkup kecil dan menumpu.
Kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan sebenar. Apa pun yang mahu disampaikan dalam artikel kali ini adalah kepimpinan mahasiswa yang sifatnya adalah sukarela. Sekalipun ianya terpaksa tetapi tuntutan tanggungjawab seolah memaksa sesiapa sahaja yang dipundakkan amanah untuk melaksanakannya.
Justeru, didatangkan 4 idea cadangan untuk sebagai peringatan kepada semua pimpinan mahasiswa. Harapannya keempat-empat idea cadangan ini mampu mengimbangkan antara kerelaan untuk memimpin dan keterpaksaan samada atas desakan kepimpinan muhupun desakan persekitaran. Alang-alang berjuang biarlah diredai Tuhan.
Jauhi ikhtilat tidak syarei
Al-Imam Abu Yusuf r.a menulis kepada khalifah Harun ar-Rasyid menasihati beliau:
“Wahai amirul-mukminin, sesungguhnya Allah baginya segala pujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar…..”
Semua sudah mengetahui akan perihal sub topic ini. Tidak perlu diperincikan lagi. Cuma sebagai peringatan bahawa tugas kepimpinan memerlukan pengawasan diri yang benar-benar terpandu ke arah menjauhi perilaku sumbang antara lelaki dan perempuan. Sejarah kejatuhan khilafah banyak mencacatkan bahawa penguasaan hawa nafsu yang menjuruskan diri dalam perilaku sumbang antara lelaki dan perempuanlah yang mengagalkan kepimpinan khilafah uthmaniah.
Justeru, pesan saya agar jangan sekali-kali terlibat dalam kancah ikhtilat tidak syarei dan pastikan kita tidak terperangkap dan terpedaya dengan tipu daya yang namanya hubungan kerja. Hubungan rasmi kerja barangkali boleh dibezakan dengan hubungan angkat, sahabat dan apa jua istilahnya yang dengan mudah diharuskan hukumnya oleh kebanyakan daripada kita. Hati-hati mengatur langkah dan jangan sekali-kali sekali-kali terjebak.
Sebagai contoh, penggunaan panggilan ustaz dan ustazah adalah langkah ihtiat ke arah itu. Usah dibuka ruang ikhtilat dengan panggilan kakak. Adik. Abang, kak long, kak su atau apa jua istilah panggilan yang selah-olah menjadikan kemesraan suatu kepastian. Bukan tidak boleh bermuamalat santai selaku manusia tetapi dalam kondisi teruna dara apatah lagi namanya ustaz dan ustazah, langkah saddu zaraei’ pencegahan adalah perlu diutamakan. Berhubunglah secara biasa dan jauhi fitnah.
FUNGSI PEMIMPIN.

Setelah memahami konsep kepimpinan dalam Islam dan halatuju jawatan taklifan yang dipundakkan dibahu, para pemimpin hendaklah jelas tugas dan peranan mereka tidak kira diposisi mana mereka berperanan. Pemimpin yang sekadar melaksanakan tanggungjawab berdasarkan ‘copy and paste’ pimpinan yang terdahulu kebiasannya hanya sekadar mampu memenuhkan buku laporan tahunan dengan agenda yang banyak namun sifar kesannya kepada ummah.

Di antara fungsi seorang pemimpin yang berkesan sebagimana yang dinyatakan oleh Jamal Mahdi dalam bukunya al-Qiadah al-Muatthirah (Mewujudkan kepimpian Islam yang berkesan dan berpengaruh) ialah

1. Membantu mencapai target dan sasaran (hadaf) oraganisasi.2. Selalu menggerakkan anggota menuju terget dan sasaran.3. Mewujudkan interaksi dan keterikatan antara individu (oraganisasi)4. Memelihara kekuatan dan kesetiaan jemaah (organisaisi).

Justeru pemimpin hendaklah faham dan jelas apakah peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya. Kegagalan memahami tugas, hadaf dan matlamat umum yang dituntut oleh Islam hanya akan menghasilkan kesan sifar kepada organisasi bahkan ummah.

Para ulama sepakat bahawa isi dan inti daripada kejayaan proses kepimpinan terletak kepada kemampuan menimbulkan kesan dan pengaruh yang timbal balik antara pemimpin dan para pengikut. Kepemimpinan yang berjaya adalah kepimpinan yang mampu memberikan pengaruh pada perilaku induvidu (satu jemaah/organisasi)

vi. KRITERIA PEMIMPIN
Pemimpin yang ideal sebenarnya perlu melengkapi syarat-syarat dan kriteria yang pelbagai bagi menjamin mutu dalam melaksanakan tanggungjawab. Secara ringkasnya antara ciri-ciri yang sewajarnya ada pada diri seseorang pemimpin ialah :
1. Berakal (berpengalaman, bijak)2. Berilmu (memahami ilmu agama dan ilmu-ilmu yang pelbagai)3. Berani dan tegas.4. Bermaruah / Menjaga kehormatan5. Mulia, dermawan dan pemurah6. Lemah lembut7. Mampu menahan marah dan pemaaf.8. Menyatukan hati bukan pemecah belah9. Tetap pendirian dan tenang10. Menepati janji11. Benar12. Menyimpan rahsia13. Berpandangan jauh14. Bijak mengatur strategi15. Tawadhu’16. Menghindari hasad dengki17. Sabar18. Bersyukur19. Tidak mengikut nafsu20. Meninggal perkara maksiat21. Tidak mengumpat22. Memberi nasihat dan boleh ditegur23. Mengambil berat.

Ini adalah antara sifat asas yang diperlukan bagi seorang pemimipin, banyak lagi yang perlu ada pada individu yang bergelar pemimpin yang tidak mampu diperincikan dalam kertas kerja yang ringkas ini.
SYURA SATU TUNTUTAN.Islam sangat menggalakkan syura (mesyuarat) dalam apa jua tindakan. Berdalilkan firman Allah Ta’ala :
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.(Surah as-Syura, ayat 38)

Ayat ini menegaskan kepada kita agar bermesyuarat dalam perkara umum dan khusus. Diriwayatkan bahawa Nabi saw sendiri walaupun baginda saw telah dipimpin oleh wahyu tetap melaksanakan konsep syura ini dalam semasa hayatnya, jadi apatahlagi kita yang serba kekurangan sewajarnya tidak meninggalkan sunnah Rasul saw ini.Berkata Hasan al-Basri :

ما تشاور قوم الا هدوا لأرشد أمورهمTidak bermesyuarat satu kaum melainkan diberi petunjuk yang akan memandu urusan mereka.

Namun perlu diingatkan dalam sistem pemerintahan Islam, hanyalah ahli yang berkelayakkan sahaja berhak terlibat dalam syura. Abdul Razak Ahmad Sanhuri dalam kitabnya Fikh Khilafah menerangkan sistem pemerintahan dalam Islam dibahagikan kepada 2 institusi iaitu wizarah tafwid (majlis syura) dan wizarah tanfiz (institusi pelaksana). Menurut beliau lagi ahli wizarah tafwid perlu melengkapi syarat-syarat sebagaimana khalifah kecuali pada syarat nasab. Manakala ahli wizarah tanfiz pula syarat pemilihannya tidaklah ketat hinggakan tidak disyaratkan sesiapa yang berada di posisi ini perlu merdeka dan berilmu. Al-Mawardi juga menegaskan bahawa harus wizarah tanfiz ini dipelbagaikan namun wizarah tawfid hanyalah satu dan tidak harus diperbanyakkan.Gambaran sistem pemerintahan Islam pada zaman tertegaknya khalifah ini sewajarnya diaplikasi dalam sebesar-besar hal kepimpinan sehinggalah kepada peringkat kepimpinan yang kecil sekalipun. Oleh itu organisasi yang kecil sekalipun sewajarnya mempunyai dua institusi yang berperanan sebagai syura (tafwid) dan pelaksana (tanfiz), manakala setiap individu yang ditaklifkan perlu faham di mana peranan mereka.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
(Surah al-Ahzab, ayat 36)
Ikhlas dalam bekerja
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Anfal, ayat 27)
Keikhlasan amat penting dalam menjalankan taklifan kepimpinan. Tambah-tambah lagi kepimpinan mahasiswa yang telah diketahui situasi getirnya. Menjadi kepimpinan mahasiswa seolah memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, Wang saku bulanan juga perlu dikorbankan dan keseronokan serta privacy diri langsung diketepikan untuk memastikan amanah taklifan dilunaskan secara baik.
Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati Al-Ikhlas. Justeru, bicara atas nama keikhlasan tidak perlu dipanjangkan perbincangannya tetapi ia seharusnya dipasakkan dan diukir kemas di hati.
Hati-hati dalam melangkah dan meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yang dibuat langsung ‘haba’an mansura’ kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalah ubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang dilaksankan akan diganjar pahala oleh Allah.
Tinggal lagi kalaulah manusia juga memberikan penghargaan dan tasyrifan, maka hati-hati juga perlu diseiringkan dalam setiap langkah aturan. Andai celaan dan cacian yang dihidangkan, sayugia juga diingat supaya sabar dan teruskan perjuangan. Yang paling penting ikhlas perlu mengepalai setiap langkah dan kerja buat kita seharian kerana tugas kepimpinan ini akan semestinya dilihat orang dan diperkatakan samada positif ataupun negetif. Ikhlaskan niat.
Bina pengaruh
Dua kosa kata ini barangkali memberikan persepsi yang pelbagai dalam benak pembaca. Yang mahu saya maksudkan dengan dua kosa kata ini adalah bagaimana setiap pemimpin perlu membina pengaruh dan melahirkan pelapis. Pengaruh perlu dibina bukan untuk tujuan peribadi tetapi demi kolektif kepimpinan yang diperjuangkan. Dengan kata lain, pengaruh perlu dibina untuk memastikan mahasiswa/i disatukan dlam sebuah bahtera yang selamat untuk menuju akhirat Allah Subhanahu Wata’ala.
Maksudnya, setiap pemimpin tidak hanya bekerja sendirian. Pemimpin yang baik akan membina team work atau group binding yang mantap. Sekirannya seorang pemimpin itu hebat dan punyai pakej lengkap sebagai pemimpin, ia hanyalah sebagai bonus dalam dunia kepimpinan. Yang paling penting adalah kebolehan untuk membina pengaruh dan membawa bersama ahli untuk bekerja bersama dalam satu pasukan.
Sabda nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.”
(Muttafaqun ‘Alaihi).
Hadis tersebut menjelaskan bahawa setiap individu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah yang dipundakkan. Cuma yang membezakan antara satu sama lain hanyalah posisi dan kebolehan. Justeru, pemimpin bukanlah perlu hanya memastikan dirinya sahaja yang memimpin dan menjalankan tugas kepimpinan tetapi perlu juga untuk membahagikan tugas kepimpinan pada yang selayaknya.
Maksudnya, pemimpinan sebenanrnya perlu bijak dalam membagikan tugas kepimpinan dengan pecahan-pecahan yang selayaknya. Kiranya pepimpin hanya hebat sendiri dengan meninggalkan orang lain, maka ia belum layak digelarkan kepimpinan. Bina pengaruh, lahirkan pelapis dan yang paling mustahak pastikan kepimpinan dijelamakan dalam bentuk yang kolektif.
Ramai sekali pemimpin yang dilahirkan kerana jawatan. Dengan mudahnya, seseorang pemimpin itu dianggap sebagai pemimpin kerana jawatan yang diberikan. Barangkali ada yang sedar bahawa tidak kurang juga pemimpin yang dihasilkan dengan kuasa pengaruh. Walau tidak berjawatan namun akan dirujuki sebagai pemimpin dalam menyelesaikan apa jua permasalahan. Justeru sama ada anda pemimpin lantikan secara rasmi berjawatan atau hanyalah sekadar pemimpin kampungan yang lahir daripada pengaruh ramai, yang paling penting keduanya-duanya perlu seiring dan bergandingan.
Tidak lengkap pemimpin berjawatan tanpa pengaruh ahli. Juga tidak sempurna pemimpin yang terbina dengan pengaruh ramai tanpa kuasa dan panduan. Justeru bina pengaruh dan pastikan pelapis juga turut dihasilkan.
Jauhi ikhtilat tidak syarei
Al-Imam Abu Yusuf r.a menulis kepada khalifah Harun ar-Rasyid menasihati beliau:
“Wahai amirul-mukminin, sesungguhnya Allah baginya segala pujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar…..”
Semua sudah mengetahui akan perihal sub topic ini. Tidak perlu diperincikan lagi. Cuma sebagai peringatan bahawa tugas kepimpinan memerlukan pengawasan diri yang benar-benar terpandu ke arah menjauhi perilaku sumbang antara lelaki dan perempuan. Sejarah kejatuhan khilafah banyak mencacatkan bahawa penguasaan hawa nafsu yang menjuruskan diri dalam perilaku sumbang antara lelaki dan perempuanlah yang mengagalkan kepimpinan khilafah uthmaniah.
Justeru, pesan saya agar jangan sekali-kali terlibat dalam kancah ikhtilat tidak syarei dan pastikan kita tidak terperangkap dan terpedaya dengan tipu daya yang namanya hubungan kerja. Hubungan rasmi kerja barangkali boleh dibezakan dengan hubungan angkat, sahabat dan apa jua istilahnya yang dengan mudah diharuskan hukumnya oleh kebanyakan daripada kita. Hati-hati mengatur langkah dan jangan sekali-kali sekali-kali terjebak.
Sebagai contoh, penggunaan panggilan ustaz dan ustazah adalah langkah ihtiat ke arah itu. Usah dibuka ruang ikhtilat dengan panggilan kakak. Adik. Abang, kak long, kak su atau apa jua istilah panggilan yang selah-olah menjadikan kemesraan suatu kepastian. Bukan tidak boleh bermuamalat santai selaku manusia tetapi dalam kondisi teruna dara apatah lagi namanya ustaz dan ustazah, langkah saddu zaraei’ pencegahan adalah perlu diutamakan. Berhubunglah secara biasa dan jauhi fitnah.
Tenang dalam bertindak
Barangkali kosa kata ini sudah diketahui umum. Tambah lagi ia adalah sifat baik yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Pastikan kita sentiasa mempamerkan ketenangan dan lematangan ketika berhadapan dengan ahli. Jangan sekali-kali menggunakan pendekatan emosional dan terburu-buru. Pandu minda dan hati serta ekpresikan wajah dan perilaku dengan teratur dan tenang.
Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah, Tanziman ada menggariskan panduan kepimpinan dalam kosa kata tenang dalam bertindak sebagaimana berikut :
“ Sesiapa yang terburu-buru (isti’jal qabla awanihi), maka dia akan mengalami kerugian (u’qiba bihirmanihi)”
Justeru, pendekatan yang paling baik bagi seorang pemimpin adalah bertenang dalam setiap tindakan dan keputusan. Pastikan diri mampu dikawal agar tidak mengambil pendekatan agresif yang hanya merugikan kebolehan diri dan mencacatkan bakat kepimpinan. Tindakan terburu-buru juga akan menampakkan kebodohan pemimpin disamping akan merugikan sokongan pengaruh. Oleh itu, bertindaklah secara rasional da tenang.
Nihayah
Barangkali ada yang menelah. Siapa penulis dalam memperkatakan soal kepimpinan. Apatah lagi tulisan ini berbaur kritikan kepada krisis nilai yang berlaku dalam dunia kepimpinan mahasiswa. Apa pun pohon maaf atas butir kalam yang barangkali tidak sesuai untuk penulis bawahan. Cuma satu harapan agar yang baik dapat sama-sama dimanfaatkan dan sekali lagi penegasan bahawa kalam ini bukanlah tuduhan mahupun kritikan bertujuan menjatuhkan aib mana-mana pimpinan tetapi ia hanyalah sekadar peringatan untuk diri dan semua.
Ku hanya mampu tersenyum
Tika fajar singsing sinar
Salahkah aku andai
Rintik tiba-tiba menghujan…
Salam kewarasan.
Muhammad Najid Bin Abdullah
Kuliah Syariah Islamiah. Kaherah

Wednesday, May 28, 2008

asmaul husna..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

hayatilah...

Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu
kemanisan........

KENALI SYAITAN..

Nama2 dan jenis syaitan laknatullah......

Simpanlah baik2 email ini Dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai
Peringatan Kita setiap Hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini Kita tidar sedar hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat Dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg Ada minuman
Keras).

5. Murrah
Merosakkan Dan melalaikan ahli Dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan Dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan Dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera Dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk Dan solat Dan menjejaskan ibadat-ibadat Kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir in yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang , Singapore , Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang Dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping TU agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
Sembahyang,maseh menyonggol depan TV.....kapala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya... . Berguna sedikit untuk masak Kari Dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan in naik arr kolesterol pastu dpt
Penyakit kronik seperti darah tinggi Dan sakit jantung...hmmm

BATU PAHAT

BP.....

UTHM

SAYA SUKA UTHM...

biodata..

azrin bin subari