welcome..

thank u to enter my blog...i just want to share what i had...u can email me at azrin_subari@yahoo.com for feedback or sharing item...

Thursday, May 29, 2008

kepimpinan mahasiswa..

Kepimpinan Mahasiswa; Antara Rela Dan Terpaksa
Bidayah
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….” (Surah al-Baqarah : Ayat 30)
Kepimpinan Mahasiswa; antara rela dan terpaksa. Tajuk ini dikecilkan focus perbincangannya kepada kepimpinan mahasiswa. Mungkin aka ada yang tertanya-tanya, kenapa hanya kepimpinan mahasiswa tuntutan rela dan terpaksa dibongkar permasalahan. Kenapa tidak kepimpinan secara umum?
Baik, secara mudahnya jika diperhatikan kepada sasaran pembaca artikel ini, maka jawapan mampu diperolehi. Justeru adalah lebih tuntas kiranya focus kepimpinan tidak dicapahkan perbincangannya untuk memberikan suatu cetusan idea dan sekadar sebagai ice breaking kepada pembaca dalam ruang lingkup kecil dan menumpu.
Kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelum terjun ke medan sebenar. Apa pun yang mahu disampaikan dalam artikel kali ini adalah kepimpinan mahasiswa yang sifatnya adalah sukarela. Sekalipun ianya terpaksa tetapi tuntutan tanggungjawab seolah memaksa sesiapa sahaja yang dipundakkan amanah untuk melaksanakannya.
Justeru, didatangkan 4 idea cadangan untuk sebagai peringatan kepada semua pimpinan mahasiswa. Harapannya keempat-empat idea cadangan ini mampu mengimbangkan antara kerelaan untuk memimpin dan keterpaksaan samada atas desakan kepimpinan muhupun desakan persekitaran. Alang-alang berjuang biarlah diredai Tuhan.
Jauhi ikhtilat tidak syarei
Al-Imam Abu Yusuf r.a menulis kepada khalifah Harun ar-Rasyid menasihati beliau:
“Wahai amirul-mukminin, sesungguhnya Allah baginya segala pujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar…..”
Semua sudah mengetahui akan perihal sub topic ini. Tidak perlu diperincikan lagi. Cuma sebagai peringatan bahawa tugas kepimpinan memerlukan pengawasan diri yang benar-benar terpandu ke arah menjauhi perilaku sumbang antara lelaki dan perempuan. Sejarah kejatuhan khilafah banyak mencacatkan bahawa penguasaan hawa nafsu yang menjuruskan diri dalam perilaku sumbang antara lelaki dan perempuanlah yang mengagalkan kepimpinan khilafah uthmaniah.
Justeru, pesan saya agar jangan sekali-kali terlibat dalam kancah ikhtilat tidak syarei dan pastikan kita tidak terperangkap dan terpedaya dengan tipu daya yang namanya hubungan kerja. Hubungan rasmi kerja barangkali boleh dibezakan dengan hubungan angkat, sahabat dan apa jua istilahnya yang dengan mudah diharuskan hukumnya oleh kebanyakan daripada kita. Hati-hati mengatur langkah dan jangan sekali-kali sekali-kali terjebak.
Sebagai contoh, penggunaan panggilan ustaz dan ustazah adalah langkah ihtiat ke arah itu. Usah dibuka ruang ikhtilat dengan panggilan kakak. Adik. Abang, kak long, kak su atau apa jua istilah panggilan yang selah-olah menjadikan kemesraan suatu kepastian. Bukan tidak boleh bermuamalat santai selaku manusia tetapi dalam kondisi teruna dara apatah lagi namanya ustaz dan ustazah, langkah saddu zaraei’ pencegahan adalah perlu diutamakan. Berhubunglah secara biasa dan jauhi fitnah.
FUNGSI PEMIMPIN.

Setelah memahami konsep kepimpinan dalam Islam dan halatuju jawatan taklifan yang dipundakkan dibahu, para pemimpin hendaklah jelas tugas dan peranan mereka tidak kira diposisi mana mereka berperanan. Pemimpin yang sekadar melaksanakan tanggungjawab berdasarkan ‘copy and paste’ pimpinan yang terdahulu kebiasannya hanya sekadar mampu memenuhkan buku laporan tahunan dengan agenda yang banyak namun sifar kesannya kepada ummah.

Di antara fungsi seorang pemimpin yang berkesan sebagimana yang dinyatakan oleh Jamal Mahdi dalam bukunya al-Qiadah al-Muatthirah (Mewujudkan kepimpian Islam yang berkesan dan berpengaruh) ialah

1. Membantu mencapai target dan sasaran (hadaf) oraganisasi.2. Selalu menggerakkan anggota menuju terget dan sasaran.3. Mewujudkan interaksi dan keterikatan antara individu (oraganisasi)4. Memelihara kekuatan dan kesetiaan jemaah (organisaisi).

Justeru pemimpin hendaklah faham dan jelas apakah peranan yang sepatutnya dimainkan olehnya. Kegagalan memahami tugas, hadaf dan matlamat umum yang dituntut oleh Islam hanya akan menghasilkan kesan sifar kepada organisasi bahkan ummah.

Para ulama sepakat bahawa isi dan inti daripada kejayaan proses kepimpinan terletak kepada kemampuan menimbulkan kesan dan pengaruh yang timbal balik antara pemimpin dan para pengikut. Kepemimpinan yang berjaya adalah kepimpinan yang mampu memberikan pengaruh pada perilaku induvidu (satu jemaah/organisasi)

vi. KRITERIA PEMIMPIN
Pemimpin yang ideal sebenarnya perlu melengkapi syarat-syarat dan kriteria yang pelbagai bagi menjamin mutu dalam melaksanakan tanggungjawab. Secara ringkasnya antara ciri-ciri yang sewajarnya ada pada diri seseorang pemimpin ialah :
1. Berakal (berpengalaman, bijak)2. Berilmu (memahami ilmu agama dan ilmu-ilmu yang pelbagai)3. Berani dan tegas.4. Bermaruah / Menjaga kehormatan5. Mulia, dermawan dan pemurah6. Lemah lembut7. Mampu menahan marah dan pemaaf.8. Menyatukan hati bukan pemecah belah9. Tetap pendirian dan tenang10. Menepati janji11. Benar12. Menyimpan rahsia13. Berpandangan jauh14. Bijak mengatur strategi15. Tawadhu’16. Menghindari hasad dengki17. Sabar18. Bersyukur19. Tidak mengikut nafsu20. Meninggal perkara maksiat21. Tidak mengumpat22. Memberi nasihat dan boleh ditegur23. Mengambil berat.

Ini adalah antara sifat asas yang diperlukan bagi seorang pemimipin, banyak lagi yang perlu ada pada individu yang bergelar pemimpin yang tidak mampu diperincikan dalam kertas kerja yang ringkas ini.
SYURA SATU TUNTUTAN.Islam sangat menggalakkan syura (mesyuarat) dalam apa jua tindakan. Berdalilkan firman Allah Ta’ala :
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.(Surah as-Syura, ayat 38)

Ayat ini menegaskan kepada kita agar bermesyuarat dalam perkara umum dan khusus. Diriwayatkan bahawa Nabi saw sendiri walaupun baginda saw telah dipimpin oleh wahyu tetap melaksanakan konsep syura ini dalam semasa hayatnya, jadi apatahlagi kita yang serba kekurangan sewajarnya tidak meninggalkan sunnah Rasul saw ini.Berkata Hasan al-Basri :

ما تشاور قوم الا هدوا لأرشد أمورهمTidak bermesyuarat satu kaum melainkan diberi petunjuk yang akan memandu urusan mereka.

Namun perlu diingatkan dalam sistem pemerintahan Islam, hanyalah ahli yang berkelayakkan sahaja berhak terlibat dalam syura. Abdul Razak Ahmad Sanhuri dalam kitabnya Fikh Khilafah menerangkan sistem pemerintahan dalam Islam dibahagikan kepada 2 institusi iaitu wizarah tafwid (majlis syura) dan wizarah tanfiz (institusi pelaksana). Menurut beliau lagi ahli wizarah tafwid perlu melengkapi syarat-syarat sebagaimana khalifah kecuali pada syarat nasab. Manakala ahli wizarah tanfiz pula syarat pemilihannya tidaklah ketat hinggakan tidak disyaratkan sesiapa yang berada di posisi ini perlu merdeka dan berilmu. Al-Mawardi juga menegaskan bahawa harus wizarah tanfiz ini dipelbagaikan namun wizarah tawfid hanyalah satu dan tidak harus diperbanyakkan.Gambaran sistem pemerintahan Islam pada zaman tertegaknya khalifah ini sewajarnya diaplikasi dalam sebesar-besar hal kepimpinan sehinggalah kepada peringkat kepimpinan yang kecil sekalipun. Oleh itu organisasi yang kecil sekalipun sewajarnya mempunyai dua institusi yang berperanan sebagai syura (tafwid) dan pelaksana (tanfiz), manakala setiap individu yang ditaklifkan perlu faham di mana peranan mereka.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
(Surah al-Ahzab, ayat 36)
Ikhlas dalam bekerja
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Anfal, ayat 27)
Keikhlasan amat penting dalam menjalankan taklifan kepimpinan. Tambah-tambah lagi kepimpinan mahasiswa yang telah diketahui situasi getirnya. Menjadi kepimpinan mahasiswa seolah memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu dibahagikan, Wang saku bulanan juga perlu dikorbankan dan keseronokan serta privacy diri langsung diketepikan untuk memastikan amanah taklifan dilunaskan secara baik.
Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Mana mungkin pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati Al-Ikhlas. Justeru, bicara atas nama keikhlasan tidak perlu dipanjangkan perbincangannya tetapi ia seharusnya dipasakkan dan diukir kemas di hati.
Hati-hati dalam melangkah dan meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yang dibuat langsung ‘haba’an mansura’ kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalah ubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang dilaksankan akan diganjar pahala oleh Allah.
Tinggal lagi kalaulah manusia juga memberikan penghargaan dan tasyrifan, maka hati-hati juga perlu diseiringkan dalam setiap langkah aturan. Andai celaan dan cacian yang dihidangkan, sayugia juga diingat supaya sabar dan teruskan perjuangan. Yang paling penting ikhlas perlu mengepalai setiap langkah dan kerja buat kita seharian kerana tugas kepimpinan ini akan semestinya dilihat orang dan diperkatakan samada positif ataupun negetif. Ikhlaskan niat.
Bina pengaruh
Dua kosa kata ini barangkali memberikan persepsi yang pelbagai dalam benak pembaca. Yang mahu saya maksudkan dengan dua kosa kata ini adalah bagaimana setiap pemimpin perlu membina pengaruh dan melahirkan pelapis. Pengaruh perlu dibina bukan untuk tujuan peribadi tetapi demi kolektif kepimpinan yang diperjuangkan. Dengan kata lain, pengaruh perlu dibina untuk memastikan mahasiswa/i disatukan dlam sebuah bahtera yang selamat untuk menuju akhirat Allah Subhanahu Wata’ala.
Maksudnya, setiap pemimpin tidak hanya bekerja sendirian. Pemimpin yang baik akan membina team work atau group binding yang mantap. Sekirannya seorang pemimpin itu hebat dan punyai pakej lengkap sebagai pemimpin, ia hanyalah sebagai bonus dalam dunia kepimpinan. Yang paling penting adalah kebolehan untuk membina pengaruh dan membawa bersama ahli untuk bekerja bersama dalam satu pasukan.
Sabda nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.”
(Muttafaqun ‘Alaihi).
Hadis tersebut menjelaskan bahawa setiap individu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan oleh Allah tentang amanah yang dipundakkan. Cuma yang membezakan antara satu sama lain hanyalah posisi dan kebolehan. Justeru, pemimpin bukanlah perlu hanya memastikan dirinya sahaja yang memimpin dan menjalankan tugas kepimpinan tetapi perlu juga untuk membahagikan tugas kepimpinan pada yang selayaknya.
Maksudnya, pemimpinan sebenanrnya perlu bijak dalam membagikan tugas kepimpinan dengan pecahan-pecahan yang selayaknya. Kiranya pepimpin hanya hebat sendiri dengan meninggalkan orang lain, maka ia belum layak digelarkan kepimpinan. Bina pengaruh, lahirkan pelapis dan yang paling mustahak pastikan kepimpinan dijelamakan dalam bentuk yang kolektif.
Ramai sekali pemimpin yang dilahirkan kerana jawatan. Dengan mudahnya, seseorang pemimpin itu dianggap sebagai pemimpin kerana jawatan yang diberikan. Barangkali ada yang sedar bahawa tidak kurang juga pemimpin yang dihasilkan dengan kuasa pengaruh. Walau tidak berjawatan namun akan dirujuki sebagai pemimpin dalam menyelesaikan apa jua permasalahan. Justeru sama ada anda pemimpin lantikan secara rasmi berjawatan atau hanyalah sekadar pemimpin kampungan yang lahir daripada pengaruh ramai, yang paling penting keduanya-duanya perlu seiring dan bergandingan.
Tidak lengkap pemimpin berjawatan tanpa pengaruh ahli. Juga tidak sempurna pemimpin yang terbina dengan pengaruh ramai tanpa kuasa dan panduan. Justeru bina pengaruh dan pastikan pelapis juga turut dihasilkan.
Jauhi ikhtilat tidak syarei
Al-Imam Abu Yusuf r.a menulis kepada khalifah Harun ar-Rasyid menasihati beliau:
“Wahai amirul-mukminin, sesungguhnya Allah baginya segala pujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar…..”
Semua sudah mengetahui akan perihal sub topic ini. Tidak perlu diperincikan lagi. Cuma sebagai peringatan bahawa tugas kepimpinan memerlukan pengawasan diri yang benar-benar terpandu ke arah menjauhi perilaku sumbang antara lelaki dan perempuan. Sejarah kejatuhan khilafah banyak mencacatkan bahawa penguasaan hawa nafsu yang menjuruskan diri dalam perilaku sumbang antara lelaki dan perempuanlah yang mengagalkan kepimpinan khilafah uthmaniah.
Justeru, pesan saya agar jangan sekali-kali terlibat dalam kancah ikhtilat tidak syarei dan pastikan kita tidak terperangkap dan terpedaya dengan tipu daya yang namanya hubungan kerja. Hubungan rasmi kerja barangkali boleh dibezakan dengan hubungan angkat, sahabat dan apa jua istilahnya yang dengan mudah diharuskan hukumnya oleh kebanyakan daripada kita. Hati-hati mengatur langkah dan jangan sekali-kali sekali-kali terjebak.
Sebagai contoh, penggunaan panggilan ustaz dan ustazah adalah langkah ihtiat ke arah itu. Usah dibuka ruang ikhtilat dengan panggilan kakak. Adik. Abang, kak long, kak su atau apa jua istilah panggilan yang selah-olah menjadikan kemesraan suatu kepastian. Bukan tidak boleh bermuamalat santai selaku manusia tetapi dalam kondisi teruna dara apatah lagi namanya ustaz dan ustazah, langkah saddu zaraei’ pencegahan adalah perlu diutamakan. Berhubunglah secara biasa dan jauhi fitnah.
Tenang dalam bertindak
Barangkali kosa kata ini sudah diketahui umum. Tambah lagi ia adalah sifat baik yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Pastikan kita sentiasa mempamerkan ketenangan dan lematangan ketika berhadapan dengan ahli. Jangan sekali-kali menggunakan pendekatan emosional dan terburu-buru. Pandu minda dan hati serta ekpresikan wajah dan perilaku dengan teratur dan tenang.
Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah, Tanziman ada menggariskan panduan kepimpinan dalam kosa kata tenang dalam bertindak sebagaimana berikut :
“ Sesiapa yang terburu-buru (isti’jal qabla awanihi), maka dia akan mengalami kerugian (u’qiba bihirmanihi)”
Justeru, pendekatan yang paling baik bagi seorang pemimpin adalah bertenang dalam setiap tindakan dan keputusan. Pastikan diri mampu dikawal agar tidak mengambil pendekatan agresif yang hanya merugikan kebolehan diri dan mencacatkan bakat kepimpinan. Tindakan terburu-buru juga akan menampakkan kebodohan pemimpin disamping akan merugikan sokongan pengaruh. Oleh itu, bertindaklah secara rasional da tenang.
Nihayah
Barangkali ada yang menelah. Siapa penulis dalam memperkatakan soal kepimpinan. Apatah lagi tulisan ini berbaur kritikan kepada krisis nilai yang berlaku dalam dunia kepimpinan mahasiswa. Apa pun pohon maaf atas butir kalam yang barangkali tidak sesuai untuk penulis bawahan. Cuma satu harapan agar yang baik dapat sama-sama dimanfaatkan dan sekali lagi penegasan bahawa kalam ini bukanlah tuduhan mahupun kritikan bertujuan menjatuhkan aib mana-mana pimpinan tetapi ia hanyalah sekadar peringatan untuk diri dan semua.
Ku hanya mampu tersenyum
Tika fajar singsing sinar
Salahkah aku andai
Rintik tiba-tiba menghujan…
Salam kewarasan.
Muhammad Najid Bin Abdullah
Kuliah Syariah Islamiah. Kaherah

No comments: